Upcoming Movie 2017

A Monster Calls

Setiap malam, seorang budak lelaki berusia 13 tahun bernama Conor sering dilawati oleh Monster, iaitu sebuah pokok cemara di belakang rumahnya yang bertukar menjadi makhluk menakutkan pada waktu tengah malam. Ia memberi amaran kepada Conor yang dia akan menceritakan tiga kisah dan sebagai balasan dia mahukan sesuatu daripada budak itu. Malam-malam Conor sangat menakutkan tetapi pada waktu siang juga tidak baik. Kesihatan ibunya semakin tenat, manakala dia pula sering menjadi mangsa buli di sekolah.
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2017
Genre: Drama / Fantasi
Durasi: NA
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Lewis MacDougall, Liam Neeson, Felicity Jones, Sigourney Weaver, Toby Kebbell, Geraldine Chaplin
Pengarah: Juan Antonio Bayona
Format: 2D
Arrival

Apabila kapal angkasa misteri mendarat di seluruh bumi, pasukan elit telah ditubuhkan untuk menyiasat - termasuk seorang pakar bahasa Louise Banks. Seluruh manusia terdesak mahukan jawapan yang mana mungkin boleh mencetuskan perang dunia, dan untuk mencarinya Banks perlu mengambil peluang yang mungkin akan mengancam nyawanya dan juga seluruh manusia.
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 12 Januari 2017
Genre: Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Amy Adams, Jeremy Renner, Forest Whitaker, Michael Stuhlbarg, Tzi Ma, Mark O'Brien
Pengarah: Denis Villeneuve
Format: 2D
Monster Trucks

Filem terbaru dari pengarah hebat, Chris Wedge yang juga merupakan pemilik bersama Blue Sky Studios. Filem ini ditulis oleh Jonathan Aibel dan Glenn Berger yang mana mereka juga terlibat dalam filem "Kungfu Panda" dan "Spongebob Squarepants 2". Filem aksi ini dibintangi oleh Jane Levy, Lucas Till, Barry Pepper dan ramai lagi.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 12 Januari 2017
Genre: Aksi / Animasi
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Lucas Till, Jane Levy, Barry Pepper, Amy Ryan, Rob Lowe, Danny Glover, Thomas Lennon, Holt McCallany
Pengarah: Chris Wedge
Format: 2D

Resident Evil: The Final Chapter

Sekuel "Resident Evil: Retribution", Alice, Jill, Claire, Chris, Leon, Ada dan Wesker bergegas ke tempat di mana The Red Queen cuba merancang untuk menyaksikan kemusnahan manusia. Dalam usaha untuk sampai ke sana, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran dan serangan zombi

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017
Genre: Aksi / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Shawn Roberts, William Levy, Ruby Rose, Iain Glen, Eoin Macken, Lee Joon-Gi
Pengarah: Paul W. S. Anderson
Format: 2DD


xXx: The Return Of Xander Cage

Xander Cage kembali bangkit untuk bertempur dengan Xiang dan pasukannya untuk mendapatkan senjata yang dikenali sebagai Pandora`s Box. Xander kemudian menyedari dirinya terperangkap dalam satu konspirasi maut yang membabitkan peringkat tertinggi kerajaan.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017
Genre: Aksi
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Vin Diesel, Samuel L. Jackson, Tony Jaa, Donnie Yen, Deepika Padukone, Nina Dobrev, Ruby Rose, Toni Collette
Pengarah: D.J. Caruso
Format: 2D

Kung Fu Yoga

Seorang profesor arkeologi China, Jack, telah bekerjasama dengan Ashmita dan Kyra, profesor dari India, untuk mencari harta Magadha yang hilang. Mereka memulakan pengembaraan mereka di gua ais Tibet, di mana mereka telah diserang oleh tentera pemberontak, Randall, mereka kemudian pergi ke Dubai untuk mengambil berlian dari gua ais yang akan dilelong. Dengan Randall memburu mereka, Jack dan pasukannya perlu mengembara ke kuil di gunung di India, menggunakan berlian itu sebagai kunci untuk membuka harta karun yang sebenar di sana.

Bahasa: Kantonis
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Jackie Chan, Aarif Rahman, Lay, Shang Yuxian, Sonu Sood, Amyra Dastur
Pengarah: Stanley Tong
Format: 2D

Rings

Filem seram arahan F. Javier Gutierrez ini merupakan filem ketiga yang diadaptasi daripada filem seram jepun "Ringu". Ia akan menyaksikan Samara kembali menghantui dan membunuh sesiapa sahaja yang menonton sumpahan pita video tersebut.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2017
Genre: Seram
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Matilda Lutz, Alex Roe, David Dorfman, Johnny Galecki, Aimee Teegarden
Pengarah: F. Javier Gutiérrez
Format: 2D

The Lego Batman Movie

Sejak kejadian dalam "The Lego Movie", Lego Batman yang menggunakan suara Will Arnett kembali sebagai adiwira untuk menentang kejahatan. Kali ini dia akan disertai oleh Lego Robin, Lego Batgirl dan banyak lagi dalam bandar Gotham termasuk Lego Joker.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2017
Genre: Aksi / Animasi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Will Arnett, Michael Cera, Zach Galifianakis, Rosario Dawson, Ralph Fiennes
Pengarah: Chris McKay
Format: 2D

Guardians

Berlatar ketika Perang Dingin, satu organisasi rahsia yang digelar "Patriot" telah mengumpul empat adiwira Soviet yang mana kemudian DNA mereka telah diubah bagi membolehkan mereka mempertahankan negara daripada ancaman paranormal. Kumpulan ini terdiri daripada negara berbeza Soviet Union, manakala setiap seorang daripada mereka sudah lama menyembunyikan identiti sebenar mereka. Ketika waktu darurat, mereka akan kembali berkumpul untuk mempertahankan negara mereka.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 23 Februari 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd
Pelakon: Sebastien Sisak, Sanzhar Madiyev, Anton Pampushnyy, Alina Lanina
Pengarah: Sarik Andreasyan
Format: 2D

Logan

Hugh Jackman kembali sebagai adiwira mutan bergelar Wolverine. Dia akan membawa watak ini untuk kali terakhir dalam filem ketiga dalam siri "X-Men" ini.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: NA
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart
Pengarah: James Mangold
Format: 2D

T2: Trainspotting

Ia adalah kesinambungan dari filem "Trainspotting" pada tahun 1996, yang mana mengisahkan tentang Renton yang terjebat dalam kancah dadah di Edinburgh cuba untuk keluar dari terus terjebak walapun terpaksa berdepan godaan dan pengaruh rakan-rakannya terhadap dadah.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
Genre: Black Comedy / Jenayah / Drama
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Ewan McGregor, Ewen Bremner, Jonny Lee Miller, Robert Carlyle
Pengarah: Danny Boyle
Format: 2D

Kong: Skull Island

Sepasukan pengembara telah menemui sebuah pulau prasejarah yang mana mereka bertemu dengan King Kong. Mereka kemudian menyedari Kong bukanlah satu-satunya makhluk misteri di pulau itu.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: NA
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Tom Hiddleston, Brie Larson, Samuel L. Jackson, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Toby Kebbell, Tom Wilkinson, John Goodman, John C. Reilly
Pengarah: Jordan Vogt-Roberts
Format: 2D

Beauty And The Beast

Filem ini adalah adaptasi Disney dari kisah dongeng klasik yang mengisahkan tentang seorang putera raksasa dan seorang wanita jelita yang jatuh cinta dengannya. Ia dibintangi oleh Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan ramai lagi.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017
Genre: Fantasi / Romantik / Muzikal
Durasi: NA
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Emma Thompson, Kevin Kline, Ian McKellen, Ewan McGregor, Josh Gad, Stanley Tucci
Pengarah: Bill Condon
Format: 2D

Power Rangers

Selepas mendapat tahu pekan kecil mereka, Angel Grove, dan juga dunia bakal hancur dimusnahkan oleh makhluk asing, lima pelajar sekolah tinggi perlu mengatasi masalah peribadi mereka kerana hanya mereka mampu menyelamatkan planet. Mereka perlu menumpaskan Rita Repulsa dengan bertukar menjadi Power Rangers.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 23 Mac 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks
Pengarah: Dean Israelite
Format: 2D

Ghost In The Shell

Filem sains fiksyen ini diangkat dari siri manga popular yang menggunakan judul sama, "Ghost In The Shell" nukilan Masamune Shirow. Ia berlatarkan zaman 2029 yang mana dunia mempunyai akses tubuh sibernatik yang dipanggil `shells` membolehkan mereka mempunyai kuasa luar biasa. Mejar Motoko Kusanagi adalah ketua pasukan untuk Public Security Section 9 yang telah ditugaskan untuk menangkap penggodam yang dikenali sebagai Puppet Master. 

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Genre: Aksi / Jenayah / Drama
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Scarlett Johansson, Pilou Asbæk
Pengarah: Rupert Sanders
Format: 2D

Smurfs: The Lost Village

Filem animasi ini mengisahkan tentang Smurfette bersama-sama dengan adik-beradiknya yang merentasi kawasan Enchanted Forest untuk mencari perkampungan Smurfs sebelum musuh mereka, Gargamel the Evil Wizard, menjumpainya terlebih dahulu. Sepanjang filem ini akan menyaksikan asal usul dan kehidupan makhluk berwarna biru ini yang tinggal di rumah berbentuk cendawan, termasuk sebab mengapa mereka mempunyai 99 lelaki dan hanya seorang perempuan.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 6 April 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Demi Lovato, Mandy Patinkin, Jack McBrayer, Danny Pudi, Joe Manganiello, Rainn Wilson
Pengarah: Kelly Asbury
Format: 2D, 3D

The Fate Of The Furious

Dominic Toretto dan krunya masih lagi tidak selesai dengan Deckard Shaw selepas kekecohan yang berlaku di Dubai. Filem kelapan ini merupakan filem pertama dalam trilogi terakhir francais "Fast and Furious". 

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 13 April 2017
Genre: Aksi / Jenayah
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron
Pengarah: F. Gary Gray
Format: 2D


Marvel's Guardians Of The Galaxy Vol.2

Peter Quill a.k.a Star-Lord kembali mengetuai Guardians of the Galaxy dalam satu misi untuk menyelamatkan galaksi yang diancam oleh kuasa jahat Thanos. Rahsia di sebalik asal-usul bapa Peter juga akan terbongkar.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 27 April 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan
Pengarah: James Gunn
Format: 2D, 3D

Baywatch

Seorang anggota keselamatan yang komited dengan kerjanya terpaksa bekerjasama dengan rakan setugas muda yang keras kepala. Mereka perlu bekerjasama untuk melindungi pantai mereka daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 11 Mei 2017
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Dwayne Johnson, Zac Efron, Alexandra Daddario, Kelly Rohrbach, Ilfenesh Hadera, Jon Bass, Priyanka Chopra, Hannibal Buress
Pengarah: Seth Gordon
Format: 2D

Pirates Of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales

Filem kelima "Pirates of the Caribbean" ini mengisahkan tentang Captain Jack Sparrow yang diburu oleh musuh lamanya, Captain Salazar, selepas Salazar bersama dengan kru hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle dan kini mahu membunuh setiap lanun yang ada di lautan. Oleh itu, Jack Sparrow perlu mencari serampang tiga mata mistik milik Poseidon, yang mana sesiapa mempunyainya dapat menguasai lautan dan Jack Sparrow boleh menggunakannya untuk menentang Captain Salazar.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: NA
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush
Pengarah: Joachim Rønning, Espen Sandberg
Format: 2D

Wonder Woman

Diana adalah seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung. Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku. Diana kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk cuba menghentikan peperangan tersebut.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: NA
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Lucy Davis, Connie Nielsen, Robin Wright
Pengarah: Patty Jenkins
Format: 2D

The Mummy

Filem `reboot` "The Mummy" ini berlatarbelakangkan di Iraq. Filem ini mengisahkan tentang seorang tentera laut dan pasukannya yang terpaksa bertempur dengan mumia-mumia yang diketuai oleh Raja Assyria, Ashurbanipal.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon:
Pengarah: Alex Kurtzman
Format: 2D


World War Z 2

Filem ini merupakan sekuel kepada filem pada tahun 2013, "World War Z". Sekuel ini menyaksikan Brad Pitt kembali membawa watak asalnya.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2017
Genre: Aksi / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Brad Pitt
Pengarah:
Format: 2D

Kingsman: The Golden Circle

Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy mengyelesaikan misi di luar United Kingdom. Ia adalah kesinambungan kepada filem "Kingsman: The Secret Service" pada tahun 2014.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum
Pengarah: Matthew Vaughn
Format: 2D

Despicable Me 3

Gru, Lucy dan anak-anak perempuan mereka Margo, Edith dan Agnes kembali dengan pengembaraan baru yang turut disertai oleh pengikutnya yang berwarna kuning, Minions, dalam filem ketiga ini.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Genre: Animasi
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Steve Carell, Trey Parker, Kristen Wiig, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Russell Brand
Pengarah: Pierre Coffin, Kyle Balda
Format: 2D

Transformers: The Last Knight

Filem terbaru Michael Bay dari francais "Transformers" yang dibintangi Mark Wahlberg kembali menyaksikan Autobots menentang Decepticons.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon:
Pengarah:
Format: 2D

Spider-Man: Homecoming

Filem arahan Jon Watts ini adalah `reboot` dari francais filem "Spider-Man" yang mengisahkan tentang Peter Parker, yang dibawa oleh Tom Holland, yang perlu menyesuaikan diri dengan kuasa baru yang diperolehinya.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: NA
Pengedar: Sony Pictures Releasing International
Pelakon: Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr.
Pengarah: Jon Watts
Format: 2D

War For The Planet Of The Apes

Maurice menceritakan kisah Caesar di kelasnya mengenai bagaimana Caesar melindungi dan memimpin monyet menentang pihak tentera, dan juga bagaimana Caesar menyiasat penyebab penyebaran 113 dengan bantuan Malcolm, Alexander dan Ellie.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 13 Julai 2017
Genre: Aksi / Drama / Fiksyen Sains
Durasi: NA
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn, Gabriel Chavarria, Judy Greer
Pengarah: Matt Reeves
Format: 2D

The Hitman's Bodyguard

Seorang pengawal peribadi terhebat terpaksa bekerjasama dengan bekas musuhnya, seorang pembunuh upahan yang perlu memberi keterangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mereka perlu membuang perbezaan masing-masing bagi menumpaskan seorang diktator dalam masa 24 jam.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: NA
Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd
Pelakon: Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman, Elodie Yung, Salma Hayek
Pengarah: Patrick Hughes
Format: 2D

Cars 3

Owen Wilson kembali menyumbang suara sebagai Lightning McQueen dalam filem ketiga "Cars". Watak lain yang bakal kembali adalah Luigi, Mater, Sally dan ramai lagi.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017
Genre: Animasi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Owen Wilson, Larry The Cable Guy, Bonnie Hunt, Cheech Marin
Pengarah: Brian Fee
Format: 2D

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015. ZAIR13
Blogger Templates